Petua Nak Kuruskan Badan & Rahsia Tubuh Kekal Langsing

Petua Kuruskan Badan

Petua nak kuruskan badan agar tubuh badan kita sentiasa sihat dan kelihatan langsing, menarik dan menawan? Apakah rahsianya? Nak tahu ke rahsia tubuh badan yang ramping dan langsing ni? ;-)

Sebelum tu, adakah kita akan tumpang gembira jika sahabat baik kita yang punyai masalah berat badan berlebihan untuk sekian lamanya tiba-tiba kini berjaya kuruskan badan dan memiliki tubuh yang langsing dan menarik?

Pasti kita akan tertanya-tanya apakah rahsia dan petua nak kuruskan badan serta apa yang telah dilakukannya sehingga berjaya menguruskan badannya tu bukan?

petua nak kuruskan badan

Yelah jika kita turut punyai masalah berat badan, kita juga pasti teringin nak miliki berat badan ideal dan bentuk tubuh badan yang langsing dan menawan juga kan? ;-)

Sebenarnya terdapat cara dan petua nak kuruskan badan yang tertentu untuk kita lakukan agar kita dapat kuruskan badan kita. Petua nak kuruskan badan bukan hanya setakat menahan lapar, kurangkan makan atau tak makan langsung, akan menjamin tubuh badan kita akan kurus.

Rahsia Kekalkan Tubuh Langsing & Petua Nak Kuruskan Badan.

Antara cara dan petua nak kuruskan badan dan rahsia tubuh kita kekal langsing ialah:

1. Catat Perubahan Ukuran Bentuk Badan Kita

Catatkanlah ukuran bentuk badan kita terlebih dulu sebelum kita mula melakukan program kuruskan badan kita. Timbangkan berat badan kita, ukur lilitan pinggang, pinggul dan juga lengan kita.

Lakukan catatan ukuran ini secara rutin dan berjadual. Dengan menyimpan catatan ini, kita dapat memantau keberkesanan atau tak program dan petua nak kuruskan badan yang kita lakukan itu.

2. Lakukan Perubahan Terhadap Corak Pemakanan Kita

Jika kita ingin petua nak kuruskan badan kita berjaya, kita harus lakukan perubahan. Kurang atau elakkan makanan berlemak, bergoreng, manis dan tinggi karbohidrat. Gantikan makanan kita itu dengan makanan yang rendah lemak.

Kita juga masih boleh mengambil makanan kegemaran kita tu tapi dalam kuantiti yang sedikit dan bukan berlebihan. Misalnya seperti aiskrim, kita boleh gantikannya dengan dadih/yoghurt rendah lemak.

Atau minumlah jus buah-buahan segar yang dibuat seperti minuman ‘shake’ atau ‘lassi’.

3. Amalkan Keseimbangan

Rahsia dan petua nak kuruskan badan agar mendapat badan yang langsing ialah dengan mengamalkan keseimbangan. Sentiasa mengambil makanan yang seimbang setiap masa tanpa berlebihan.

petua nak kuruskan badan

Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah petua nak kuruskan badan. Ini kerana makanan yang berserat tinggi dapat membantu kita kuruskan badan dan mengekalkan berat badan ideal kita tanpa kalori yang berlebihan.

Boleh mengambil makanan kegemaran kita sekali-sekala dalam kuantiti yang sederhana dan bukan secara berlebihan. Sebenarnya rahsia nak kekalkan berat badan ideal kita bukanlah susah mana pun.

Hanya kita perlu pastikan pengambilan makanan kita adalah seimbang dengan aktiviti fizikal harian kita. Jika nak makan lebih, pastikan senaman kita pun dilakukan dengan lebih juga. Itu saja ;-)

4. Kawal Nafsu Makan Kita

Bagaimana petua nak kuruskan badan dan untuk kawal nafsu makan kita? Makanlah mengikut keperluan dan bukan mengikut nafsu. Dan makanlah pada waktu yang sama setiap hari, walaupun kita belum berasa lapar.

Jangan tunggu untuk makan bila perut kita rasa lapar saja kerana kita akan makan dengan berlebihan. Juga jangan makan tak tentu waktu.

Jika kita berasa lapar di antara waktu makan utama kita, ambillah buah-buahan atau banyakkan meminum air putih. Elakkan makan makanan ringan kerana ianya tak berkhasiat dan berkalori.

5. Simpan Buku Nota

Semasa kita menjalani program pelangsingan dan petua nak kuruskan badan kita, buatlah satu buku nota atau catatan dan rekodkan semua makanan yang telah kita ambil setiap hari.

Di sini, jika pengurangan berat badan tak berlaku seperti yang kita harapkan, kita boleh buat semakan samada kita telah melakukan program diet kita itu dengan betul atau tidak.

6. Lakukan Pergerakan dan Senaman

Dalam proses pelangsingan dan petua nak kuruskan badan, kita harus lakukan pergerakan atau senaman mudah untuk membantu tubuh badan kita membakar lemak yang tersimpan berlebihan dalam tubuh badan kita.

Tanpa senaman, petua nak kuruskan badan dan usaha kita akan menjadi perlahan dan kadang-kala, tiada perubahan langsung. Kerana dengan hanya berdiet, kita mungkin menyingkirkan air berlebihan dalam tubuh badan kita, tapi bukan lemak yang tersimpan.

petua nak kuruskan badan

Sebagai permulaan, lakukan senaman mudah seperti senaman berjalan dan lakukan sekurang-kurangnya 10,000 langkah setiap hari ataupun berjalanlah selama 45-60 minit sehari.

7. Lakukan dengan Sahabat/Keluarga

Untuk kita rasa lebih bermotivasi untuk menjalankan program pelangsingan dan petua nak kuruskan badan kita ni, kita perlukan sokongan daripada keluarga dan sahabat rapat kita.

Ajaklah sekali keluarga atau sahabat kita untuk sama-sama melakukan program pelangsingan dan petua nak kuruskan badan ni dengan kita. Secara tak langsung, mereka juga dapat kekalkan tahap kesihatan mereka.

8. Amalkan Cara Gaya Hidup Sihat

Amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan ubahlah cara hidup kita sekarang. Lakukan senaman dan pastikan kita mengambil makanan yang seimbang, jika kehidupan seharian kita kurang aktif.

9. Minum Air Putih Secukupnya

Minumlah air putih sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari untuk pastikan tubuh badan kita mendapat air yang secukupnya. Minuman seperti kopi & teh atau sirap dan lain-lain yang manis, tak termasuk dalam jumlah air 2 liter itu.

Kita perlukan air putih untuk membersih dan membuang toksin daripada tubuh badan kita terutamanya jika kita suka minum minuman berkafein dan berkarbonat.

10. Kepentingan Sayur-sayuran Segar

Amalkanlah pengambilan pemakanan sayur-sayuran & ulam-ulaman segar. Makan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3-4 mangkuk sehari.

Cara terbaik untuk makan sayur-sayuran adalah secara mentah kerana jika kita memasak sayuran kita terlalu lama, zat dan nutrisi di dalam sayuran akan hilang.

Marilah kita amalkan petua nak kuruskan badan ini dan mulakan proses agar tubuh kita dapat berat badan yang ideal serta kekal langsing.

petua nak kuruskan badan


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
= 4 + 5